DSC_9913

UPSI, 26 November – UPSI menjadi perhatian dengan penganjuran program 1MYC Motorsports Tanjong Malim Kapchai Challenge 2016 yang diadakan di Padang Kawad, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah yang diadakan sempena Karnival Motorsports Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) yang diadakan pada 26 hingga 27 November 2016.

DSC_0009

Hafizz Azzali Azhar, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan terpilih mewakili UPSI dalam acara yang mempertandingkan lima kategori iaitu TM From Zero To Hero, FI 150, C 150, Novice dan Expert.

Penganjuran program yang melibatkan tiga elemen penting iaitu program cabaran sukan bermotor, program pendidikan sukan bermotor dan hab kreatif dan inovatif itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Pemilihan menganjurkan Program 1Malaysia Youth Cities (1MYC) Motorsports anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM) di Tanjong Malim bertujuan mempromosikan daerah itu sebagai Bandar Belia yang pertama di negara ini.

 

Please follow and like us: