UPSI Terima Kunjungan Pegawai Daerah Muallim

DSC_2996UPSI, 14 Disember-UPSI menerima kunjungan rasmi daripada Pegawai Daerah, Puan Norsham Rahman bersama 22 Ketua Kampung Daerah Muallim bertempat di Dewan Konvensyen E-Learning.

Menurut Norsham, kunjungan itu bertujuan membina hubungan erat dengan pegawai-pegawai UPSI selain bertukar-tukar pandangan untuk menaikkan nama Muallim sebagai Bandar Belia.

“Saya berharap kita dapat bertukar-tukar pandangan dan maklumat khususnya berkaitan kerjasama untuk membangunkan Daerah Muallim antara Pegawai di UPSI,  ketua-ketua kampung dan Pegawai-Pegawai Daerah,”.

“Aspek penting Tanjong Malim diiktiraf sebagai Bandar belia kerana adanya UPSI, sumbangan UPSI selama ini amat bermakna untuk membangunkan dan menaikkan Tanjong Malim sebagai Bandar Belia dan saya berharap sumbangan ini akan berterusan,” katanya.

UPSI dan pihak Pegawai Daerah turut berbincang dan berkongsi idea untuk mengadakan aktiviti dan program-program bersama sebagai pengisian kepada penduduk ia dapat menarik pengunjung luar untuk singgah dan menikmati keunikan yang ada di Tanjong Malim sekali gus membangunkan Daerah Muallim.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Mohd Sahandri Gani Hamzah, Bendahari, Puan Khadijah Hamdan, Ketua Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman, dan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob.

Menerusi kunjungan itu, ketua-ketua kampung turut mendapat pendedahan mengenai aktiviti yang akan dan telah dilakukan UPSI, khususnya melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) seperti program Well Being Asia Nagoya University, TOT Program Pemerkasaan Pelajar Perak, dan Educate Malaysi -Penyerahan Self Cleaning Solar Ultra Filtration System.

 

 

 

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...