Menu

Penyelidik UPSI Hasil Pengeringan Herba Teknik SPS

Pix 2- Dr Mohd Azlan (kanan) bersama

UPSI, 6 Disember – Dua penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah dan Prof. Madya Kartini Ahmad dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik  berjaya  menghasilkan projek penyelidikan Sistem Pengeringan Sejuk (SPS) yang membolehkan herba masih kekal khasiatnya pada tahap paling optimum.

Penyelidikan yang dibangunkan pada Julai 2014 itu berfaedah dalam penggunaan proses pengeringan sejuk bagi mengekalkan kandungan khasiat teh herba pada tahap paling optimum kerana tiada haba dikenakan ke atas herba tersebut.

Dr. Mohd Azlan berkata, perbezaan ketebalan daun memainkan peranan dalam ketahanan herba seperti bahagian daun terhadap suhu untuk mengekalkan kandungan khasiat di dalam daun.

“Justeru, kaedah pengeringan sejuk ini dapat memelihara kualiti produk teh herba yang dihasilkan berbanding produk teh herba dalam pasaran didapati dikeringkan dengan menggunakan cara konvensional seperti penggunaan oven atau terus kepada cahaya matahari,”.

 “Kaedah konvensional bukan sahaja akan menyebabkan rupa bentuk daun berubah warna dan kurang menarik tetapi kandungan khasiat herba juga akan berubah hingga menyebabkan kualiti produk teh herba yang dihasilkan rendah dan tidak bermutu,” katanya.

Hasil penyelidikan ini turut dibantu syarikat Ethno Resources Sdn. Bhd. iaitu pengeluar produk uncang teh herba tradisional dan ekstrak herba yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Emas di ITEX 2015, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)  dan didaftarkan sebagai Harta Intelek dengan MyIPO (LY2015000799).

Pix 3- herba sedang dikeringkan

Teknik SPS memberi impak kepada industri kerana boleh diguna pakai untuk pengeluaran semua produk berasaskan tumbuhan sekali gus meningkatkan kualiti produk berasaskan tumbuhan dalam konteks mengekalkan kualiti khasiat semula jadi dan warna asal herba.

Selain itu, katanya,  kebersihan produk lebih terjamin kerana  tidak terdedah kepada persekitaran luar,  pengeluaran teh secara mass production iaitu SPS menyediakan ruang pengeringan yang lebih luas untuk mengeringkan daun-daun teh berbanding menggunakan oven pada kos yang sama.

Malah, katanya, penggunaan elektrik yang lebih rendah dan menjimatkan berbanding menggunakan oven.

Mohd Azlan dan rakannya terlebih dahulu mengenalpasti  masalah  pengusaha produk herba kecil-kecilan yang menghadapi kekangan sumber kewangan untuk memiliki peralatan seperti sistem pengeringan yang canggih, moden dan mahal.

Kaedah pengeringan yang diamalkan dengan mendedahkan herba secara terus kepada cahaya matahari atau menggunakan oven pada suhu yang tinggi bukanlah satu amalan yang sesuai diamalkan.

“Ini bukan sahaja menyebabkan perubahan dari segi warna dan bentuk fizikal herba tersebut, dan menyebabkan produk menjadi tidak menarik tetapi ianya juga menyebabkan kualiti kandungan herba tersebut berubah dan berkurangan akibat kesan suhu yang tinggi dan terdedah kepada habuk dan tidak bersih,” katanya.

Perancangan masa depan, katanya, UPSI akan menjadikan tempat perkhidmatan untuk tempat pengeringan sampel tumbuhan dalam kuantiti yang besar selain memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam proses pengeringan sampel tumbuhan menggunakan kaedah SPS.

“Kami juga berhasrat menjadikan UPSI sebagai salah satu tempat pembekal bahan mentah herba dan tumbuhan kepada industri herba dan penyelidik luar yang berminat dalam kajian fitokimia dan farmaseutikal malah akan menambah baik reka bentuk SPS dalam pelbagai saiz untuk kegunaan di IPT untuk kegunaan pengeringan sampel tumbuhan untuk kajian fitokimia dalam bidang Kimia Sebatian Semula jadi dan Farmaseutikal, dan penyediaan spesimen herbarium dalam bidang Botani dan Biologi,” katanya.

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)