Menu

Kelab Destar Limar dan Nur Izzati Terima Anugerah Seni (MAKUM) 2013/201

IMG_3432

UPSI-Kelab Destar Limar,  Pusat Kebudayaan, dan seorang pelajar UPSI, Nur Izatti Mohd Ariffin masing-masing merangkul Anugerah Gambang Mustika (anugerah bagi mengiktiraf kelab/persatuan kebudayaan paling aktif di universiti masing-masing) dan Anugerah Bonang Emas iaitu anugerah bagi mengiktiraf pelajar paling aktif kebudayaan di universiti dalam Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2013/2015.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu pada 16 Januari 2016, ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar dan pegawai MAKUM yang bertungkus-lumus memberi komitmen dan kerjasama dalam IMG_3485(1)memastikan semua aktiviti yang dirancangkan berjaya dilaksanakan dengan lancar.  IMG_3473(1)

Selain itu, ia juga berupaya menjadi peransang kepada mahasiswa/i untuk terus menjinakkan diri dalam kesenian dan aktiviti kebudayaan serta meningkatkan semangat berdaya saing dalam kalangan mahadiswa/i untuk bergiat aktif dalam program kebudayaan.

Turut diadakan Majlis Penyerahan Sekretariat MAKUM dari UniSZA (Sekretariat MAKUM 2013-2015) kepada UPSI untuk tahun 2016 hingga 2017.

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)