UPSI Anjur Food Truck Festival and Intrepreneurship Expo

HAS_2120UPSI, 27 September – Bersempena Program 1Malaysia Youth City (1MYC) UPSI menganjurkan Food Truck Festival and Intrepreneurship Expo UPSI 2016 yang dirasmikan oleh Tan Sri  Noh Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bertempat di Perkarangan Bangunan IPSI bagi memberi peluang kepada graduan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, “usaha itu selaras dengan kehendak kerajaan yang mahu menghasilkan graduan sebagai pencipta kerja (job creator) bukan lagi sebagai pencari kerja (job seeker)”.

“Konsep food truck merupakan salah satu cabang perniagaan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan muda. Perniagaan jenis ini dapat mengatasi masalah tempat yang terhad, selain membantu usahawan dari dibelenggu kadar sewa mahal dan kebanyakan peniaga trak makanan hanya perlu fokus kepada kaedah pemasaran untuk menarik pelanggan dengan mempamerkan reka bentuk trak yang kreatif yang boleh menjadi tarikan orang ramai,” katanya.

HAS_2497

Tambah beliau, walaupun UPSI berperanan melahirkan para pendidik, namun para graduan UPSI tetap perlu bersaing dengan graduan universiti lain yang turut menawarkan program pendidikan.

“Mereka terpaksa bersaing dengan graduan yang lain utk mendapat pekerjaaan dlm pasaran kerja terbuka. Oleh sebab itu, pihak universiti sedaya upaya mengembangkan dan membudayakan nilai keusahawanan dalam diri mahasiswa dan graduan agar mereka tidak lagi cenderung untuk kerja makan gaji semata-mata, sebaliknya menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu cabang kerjaya selepas tamat pengajian”.

“Dalam konteks ini, saya berharap graduan bidang pendidikan perlu mengubah set minda supaya memikirkan apakah yang mereka boleh lakukan jika tidak dapat menjadi guruguru di sekolah kerajaan. Guru di sekolah swasta mungkin ada, dan jika hendak menjadi guru juga rebutlah peluang utk menjadi guru di sana,” katanya.

HAS_2593

Justeru, ujar beliau, UPSI menubuhkan Pusat Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability Centre (GEC) bagi membantu bakal graduan UPSI dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang terkini supaya dapat memenuhi keperluan industri semasa.

Naib Canselor turut menyeru mahasiswa UPSI agar tidak takut menceburi bidang keusahawanan ini dan menyarankan mereka untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

“Saya yakin dengan kegigihan, semangat dan disiplin yang tinggi dalam perniagaan serta bimbingan dan kerjasama daripada pihak kerajaan, universiti, khususnya GEC, kita akan dapat mewujudkan serta mengembangkan prospek dan potensi usahawan dalam kalangan graduan UPSI,”.

“Bagi mahasiswa yang berminat dengan bidang keusahawanan dan masih mencari konsep perniagaan yang sesuai, mungkin konsep food truck ini boleh dijadikan pilihan. Maka, manfaatkanlah program ini sebaik mungkin,” katanya.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...