Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat UPSI Meriah

HAS_4613Tanjong Malim, 8 Oktober – Hampir 1000 peserta memenuhi Kompleks Sukan Arena UPSI untuk meraikan Hari Sukan Negara peringkat UPSI, yang dilancarkan oleh En. Ahmad Sani Araby, Ahli Lembaga Pengarah UPSI yang juga Pengerusi Al-Araby Holding (M) Sdn. Bhd.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, hari sukan negara sangat penting sebagai usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif, memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih rendah.

“Dengan mengambil berat tentang pasukan kebangsaan dan sukan komersial antarabangsa sudah pasti akan menarik minat serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sukan. Untuk melahirkan lebih ramai atlet elit, Malaysia memerlukan ‘talent pool’ yang lebih”, ujar beliau.

Tambah beliau, UPSI telah melahirkan altet negara dalam acara pencak silat dan hoki. Dengan kemudahahan sukan yang ada, UPSI akan berusaha melahirkan lebih ramai altet negara pada masa akan datang.

“Dengan adanya pelbagai latihan yang dikendalikan oleh Pusat Sukan dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, bakat baharu ini akan menyertai acara sukan yang dipertandingkan sama ada di peringkat universiti atau negara melalui MASUM,” katanya.

Sambutan Hari Sukan Negara yang kali pertama diadakan di UPSI ini turut diraikan serentak di seluruh pelusuk tanah air, diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah antaranya acara big walk dan berbasikal mengelilingi kampus baharu UPSI, pertandingan bola baling dan futsal, urutan badan oleh pelajar rehabilitasi dari Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan dan derma darah.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...