HAS_5815 UPSI, 29 Julai 2016 – Kesatuan Pegawai Am (KPA) buat pertama kalinya menganjurkan Kendurian atau Kenduri Durian bertempat di belakang Auditorium Utama UPSI sempena musim raja buah itu di daerah Muallim.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, program sedemikian perlu diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat mengeratkan hubungan sesama ahli persatuan.

Menurut President KPA, Puan Nazeema Bebe Mohd Yusof, sebanyak 1000 biji durian disediakan oleh pihak pengurusan KPA kepada ahli kesatuan. Tambah beliau, durian tersebut diambil daripada peraih sekitar Sungkai dan Behrang Ulu.

Turut diadakan Pertandingan Memasak Serawa Durian dan Pertandingan Makan Durian yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli KPA.

HAS_5914

Pemenang Pertandingan Memasak Serawa Durian

Johan, Irawati Othman, Fakulti Sains & Matematik (FSMT)

Naib Johan, Norfalzi Othman, (FSMT)

Ketiga, Bisyar Asfar Ahmad Bakhtiar, (FSMT)

HAS_5848

Pemenang Pertandingan Makan Durian

Johan, Rozali Ahmad, (Bahagian Keselamatan)

Nasib Johan, Norsuria Senin, (Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan)

Ketiga, Sutowo Lanara, (Pusat Teknologi Maklumat (ICT))

Please follow and like us: