UPSI Buka Tirai Mesyuarat JK NC/R UA 2016

IMG_0708

UPSI, 28 Feb. 2016 – Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam Bil. 1/2016. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor, Rektor, dan wakil. Mesyuarat diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Mesyuarat kali ini turut memilih Pengerusi baharu iaitu Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, untuk tempoh dua tahun. Sebelum ini Jawatankuasa NC/R UA dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin, yang telah bersara.

IMG_0814

Selepas mesyuarat semua peneraju Universiti Awam telah dibawa meninjau kedua-dua kampus UPSI, iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah.

UPSI buat kali pertama menjadi tuan rumah, dan ini sangat bermakna selepas pengisytiharan Daerah Muallim. Para ahli mesyuarat turut diraikan dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Dewan Seri Tanjung pada malam sebelum mesyuarat berlangsung.

Oleh: Maziah Zee Abdullah

Jurugambar : Fisol Ahmad

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...