SONY DSC

UPSI, 21 Jun 2016 – Pengurusan Kesatuan Pegawai Am (KPA) UPSI, menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan Kesatuan Pegawai Am kali ketiga bertempat di Dewan SITC dengan jemputan lebih 400 ahli KPA termasuk keluarga.

Pelbagai pengisian diadakan sepanjang majlis berlangsung seperti Pertandingan Qari Junior ‘Hafazan Surah Lazim’ melibatkan Tahap 1 (6-9 tahun) dan Tahap 2 (10-12 tahun). Penyampaian Tazkirah ‘Keberkatan Ramadhan’ oleh Ustaz  Muhammad Hamdi Azmi, dari Pusat Islam, dan Penyerahan Infak Ramadhan kepada 20 orang anak-anak syurga dari Baitulmahabbah Tanjong Malim oleh Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Haji Ahmad Haji Burak.

SONY DSC

Di penghujung majlis diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Qari Junior oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa dan penyampaian duit raya kepada anak-anak ahli KPA yang hadir pada majlis itu.

Adik Yasmin Umairah dinobatkan pemenang Qari Junior Tahap 1 manakala adik Iman Mustakim dinobatkan pemenang Qari Junior Tahap 2 dan kesemua mereka membawa hadiah wang tunai dan sijil penghargaan.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), ACP (K) Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar, Pendaftar, Encik Mohd Faizi Othman, Presiden KPA, Puan Nazeema Bebe Mohamed Yusof.

Please follow and like us: