Kayuhan 1Malaysian Youth City

DSC_0127

TANJONG MALIM, 31 Januari 2016 – Kayuhan 1Malaysian Youth City – “Ride with Community”  diadakan sempena lawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Haji Abdul Rahman Dahlan ke Tanjong Malim 1Malaysian Youth City.

YB Haji Abdul Rahman telah merasmikan pelepasan kayuhan basikal yang disertai lebih daripada 100 peserta. Beliau juga turut meninjau Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.

Naib Canselor UPSI menyatakan kelab seperti ini amat baik sebagai riadah dalam kalangan staf dan pelajar. Tambahnya lagi, pihak pengurusan UPSI juga menyokong aktiviti sedemikian untuk memastikan warga UPSI mengamalkan gaya hidup sihat.

DSC_0303

Presiden Kelab Basikal Staf UPSI, En. Rusli Ahmad menyatakan aktiviti seperti ini akan diadakan dua kali sebulan. Ia sangat bersesuaian Tanjong Malim sebagai  1Malaysian Youth City.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahandri Gani Hamzah, Timblan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Pendaftar UPSI, En. Mohd Faizi Othman dan Warga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...