HAS_2817

UPSI, 15 Jun 2016 – Sempena Sambutan Ramadhan 1437H, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menganjurkan Program Ceramah Khas bertajuk “Andai Ini Ramadhan Terakhirku” yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr. Mohamad Rozaimi Ramle bertempat Auditorium Utama.

Selain itu, Kelab IPS turut melancarkan dua program sumbangan iaitu Program Sumbangan Ramadhan 2016 kepada tujuh keluarga golongan asnaf dan fakir miskin yang berada di Felda Sg.Behrang dan Program Sumbangan Baju Raya dan Kuih Raya.

HAS_2802

Menurut Pegawai Tadbir, Encik  Fadli Sulaiman kakitangan dan warga UPSI  yang berminat mendermakan atau menyumbangkan kuih raya dan baju raya ke program tersebut boleh menghubungi Pn. Farah Shafilla Mohamad Kasim ext : 5486 ataupun Cik Nor Izati bt. Hassan ext: 5487.

Tambah beliau, pihak IPS turut menerima sumbangan berbentuk wang tunai. Sumbangan boleh dihantar terus ke Pejabat Am IPS sebelum 27 Jun 2016 (Isnin) untuk proses pengagihan.

Please follow and like us: