IMG_3439

UPSI, 26 Mei 2016 – Pusat Sukan dan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UPSI 2015 kepada atlet yang mengharumkan nama universiti bertempat di Dewan Bankuet, Dewan Besar KSAS. Dalam majlis yang dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa itu, sebanyak 11 kategori anugerah diperuntukkan kepada pelajar dan staf .

IMG_3445

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Pendaftar, Encik Mohd Faizi Othman, Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Prof. Dr. Amir Hasan Dawi, dan Pengarah Pusat Sukan, Encik Mohammad Faeez Mohamad Alias.

senarai anugerah

Artikel ini telah diterbitkan 24 Mei 2016.

Please follow and like us: