1600 Hadir Majlis Berbuka Puasa Perdana UPSI

IMG_3982

UPSI, 20 Jun 2016 – Seramai 1600 warga UPSI terdiri daripada pelajar, kakitangan dan pensyarah hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Perdana UPSI 1437H/2016M anjuran Pusat Islam yang diadakan di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah.

IMG_3979

Turut diadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM 50,000.00  dari UPSI Holding Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Penyelaras UPSI Holding, Tuan Haji Nazri  Md Saad kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa.

Hadir sama, Pro-Canselor,  Profesor Tan Sri Dato’ Sri Zakri Abdul Hamid dan isteri, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Pengurusan Eksekutif.

Selepas berbuka, hadirin turut  menunaikan solat Isyak dan tarawih.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...