Menu

PPRN Galak Industri di Perak

 HAS_9936UPSI, 18 Mei 2016 – Seminar dan Bengkel Public-Private Research Network (PPRN) Siri Jelajah Negeri Perak anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama UPSI merupakan satu inisiatif menggalakkan program inovasi berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti sekaligus mengukuhkan pembangunan ekonomi di negara ini.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, inisiatif tersebut adalah tepat pada masanya, dan UPSI sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sedia menyumbang pelbagai khidmat dan kepakaran untuk pembangunan ekonomi negara.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UPSI turut menyumbang melalui penyelidikan dan penyediaan perkhidmatan kepada komuniti, bekerjasama dengan industri, serta mewujudkan jaringan antara akademia dan kerajaan yang pastinya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Tambah beliau, UPSI menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan, bertanggungjawab berkaitan dengan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerokai bidang keusahawanan sebagai sumber alternatif untuk menjana pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

HAS_0013

Seminar selama sehari yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

PPRN menawarkan geran pemadanan untuk projek penyelidikan dan inovasi serta membiayai implikasi kos sehingga RM50,000 bagi setiap projek. Sehubungan itu, komitmen syarikat juga diperlukan dalam kos pembangunan projek mengikut saiz perniagaan masing-masing.

Permohonan program terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar di Malaysia khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan sekurang-kurangnya RM50,000 perolehan jualan tahunan. Selain itu, projek yang dicadangkan hendaklah berasaskan kepada permasalahan teknologi atau teknikal yang dihadapi syarikat terhadap produk atau perkhidmatan yang telah dikomersialkan. Skop projek industri yang layak menyertai PPRN ialah isu atau permasalahan berkaitan inovasi produk dan  inovasi proses.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang PPRN di alamat www.pprn.mohe.gov.my dan pertanyaan serta pendaftaran boleh dibuat melalui e-mel kepada pprn@mohe.gov.my atau telefon 03-88705090 atau 03-88705085.

Artikel ini telah diterbitkan pada 19 Mei 2016.

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)