DSC_2094

UPSI, 15 Mei 2016 – Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia, menganjurkan Konvensyen Pemimpin Kolej Kediaman IPT 2016.

Konvensyen yang berlangsung dari 12-15 Mei 2016 itu menghimpunkan lebih 120 pimpinan kolej kediaman IPT seluruh Malaysia.  Fokus konvensyen pada kali ini berkaitan dengan penginapan luar kampus.  Antara tajuk perbincangan ialah Kehidupan Luar Kampus: Pilihan atau Paksaan, yang dibincangkan oleh dua panel iaitu Prof. Madya Dr. Sopian Bujang, Pengarah BPMs, JPT dan Mohd Nur Faris Haslli, UPSI.

DSC_1998 DSC_2012

Konvensyen selama tiga hari menghasilkan tujuh resolusi, yang dibentangkan oleh Amirul Asyraf Zaidi. Resolusi diserahkan kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Prof. Madya Dr. Sopian Bujang.

Memetik kata alu-aluan dalam buku program, Prof. Madya Dr. Sopian Bujang berkata, konvensyen yang diadakan selaras dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab untuk menjadi insan mulia.

Menurut Pengarah program, Mohdmmad Faizol Mohamed Khan, penyertaan pimpinan kolej kediaman dalam konvensyen seperti ini, memberikan kelebihan seperti mendapat kemahiran yang berguna dan mampu memberikan manfaat kepada mahasiswa yang lain. Hal ini dapat membantu mahasiswa untuk menghadapi dunia luar yang penuh cabaran, katanya lagi.

Dalam majlis penutupan konvensyen, turut diadakan pelancaran Buku Garis Panduan Pembangunan Mahaisiswa Kolej Kediaman IPT.

Artikel ini diterbitkan pada 16 Mei 2016.

Please follow and like us: