IMG_3299

UPSI, 18 Mei 2016 – Penyertaan 11 produk hasil inovasi kakitangan UPSI dalam Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2016 (ITEX) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 hingga 14 Mei 2016 membawa pulangan berbaloi setelah berjaya memenangi lapan pingat emas dan tiga pingat perak.

ITEX’16 mempamerkan lebih 1000 penyelidikan oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar Negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari 22 negara antaranya China, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iraq, Korea, Oman, Filipina, Poland, Rusia, Arab Saudi, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam, Malaysia dan banyak lagi. Tahniah kepada pemenang.produk itex

Artikel ini telah diterbitkan pada 19 Mei 2016.

Please follow and like us: