HAS_8306

UPSI, 29 April 2016 -Wanita bekerjaya harus berbangga kerana menjadi seorang wanita yang mampu membahagikan masa serta tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga. Namun wanita bekerjaya juga menghadapi cabaran dan dilema.

Justeru, untuk  memperluaskan minda tentang kehidupan wanita bekerjaya yang perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat, Persatuan Wanita UPSI (PEWARIS) menganjurkan Karnival Wanita Anggun  UPSI 2016  “Gaya Hidup Wanita Bekerjaya” pada 27 hingga 29 April 2016.

Pelbagai aktiviti menarik hasil kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Sumber Manusia, Pusat Islam, dan MAKNA diadakan sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival tersebut iaitu Larian PEWARIS sempena kempen kesedaran MAKNA yang disempurnakan pelepasannya oleh YB Dato’ Rusnah Kassim,  Ceramah MAKNA, Kempen Kesedaran Kanser Payu Dara, Senamrobik, Persembahan Seni Mempertahankan Diri, Kempen Derma Darah, Pertandingan Gubahan Bunga dan Hantaran Perkahwinan.

HAS_8956  HAS_8680

Selain itu, untuk meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri wanita UPSI, PEWARIS turut mengadakan Ceramah ‘Gaya Hidup Wanita Bekerjaya’ Bersama Ustazah Noor Laila Aniza, Slot ‘Serlahkan Keanggunanmu’, dan mengadakan Majlis Makan Malam Perdana Wanita Anggun PEWARIS 2016 dengan menampilkan Ella and Zila Seiras Serima sebagai artis undangan, dan Slot Rudy Ludinata (Perundingan Imej Profesional).

Artikel ini telah diterbitkan pada 27 April 2016.

Please follow and like us: