DSC_1958UPSI, 7 April 2016 – Seramai 87 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI menyertai program Bicara Fotografi Bersama Nikon Malaysia anjuran bersama Integrated Media Club dan Pelajar-Pelajar Kursus MRG 3014 (Fotografi Digital & Pengimejan) yang diadakan pada 6 hingga 7 April 2016, di Dewan SITC.

Menurut Pengarah Program, Che Muhamad Akram Che Muhamad Kamil, program itu adalah bertujuan membuka minda dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang keunikan dan ilmu pengetahuan yang berguna tentang teknologi yang diguna pakai dalam dunia digital komunikasi visual yang semakin diminati pada masa kini.

“Menerusi program ini juga, peserta dapat mempelajari asas kepenggunaan peralatan fotografi dan videografi dengan lebih mendalam lagi seterusnya mengaplikasi ilmu tersebut dalam menyiapkan kerja-kerja kursus menerusi proses P&P serta dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna daripada pakar luar yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi dan videografi,” katanya.

DSC_1945 DSC_1977

Tambah beliau, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang dua hari program itu berlangsung antaranya Bengkel Foto Tetapan Kamera, “Photo Hunt”, Bicara Gambar, dan Bengkel ‘Speed Light’ atau Perkongsian Penetapan Pencahayaan Studio.

“Selain itu, kami turut mengadakan pameran fotografi di mana gambar-gambar pameran adalah gambar yang diambil semasa sesi lawatan ke Taman Negara pada semester lepas.”

DSC_2015

“Gambar-gambar ini juga akan dinilai oleh pihak juri dan 20 gambar terbaik akan dicetak dalam saiz besar bagi satu pameran oleh pihak Nikon di Atrium, Bangunan Canselori pada 25 April ini,” katanya.

Beliau turut berharap program itu dapat memberi manfaat kepada para peserta serta dapat mengeratkan hubungan industri diantara UPSI dan pihak Nikon yang telah melahirkan ramai pakar serta dinobatkan sebagai pembekal peralatan fotografi dan videografi nombor satu di Malaysia.

Artikel ini diterbitkan pada 08 April 2016.

Please follow and like us: