12952917_1016987871671646_1412848390_o

 

UPSI, 7 APRIL 2016–Sebagai salah sebuah universiti yang menawarkan program sains sukan di negara ini, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan daripada pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang, yang mengambil mata pelajaran Sains Sukan. Lawatan yang disertai 28 pelajar dan tiga guru pengiring ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang bidang sains sukan.

Menurut guru pengiring, En. Md. Zainuddin Tarji, mereka memilih UPSI kerana mempunyai kepakaran hampir kesemua jenis sukan di Malaysia. Tambah beliau lagi, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tersebut tentang kehidupan dan pembelajaran di universiti.

Taklimat disampaikan oleh Dr. Gunathevan Elumalai, Ketua Jabatan Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Rombongan dibawa melawat kemudahan dan persekitaran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

Artikel ini diterbitkan pada 08 April 2016.

Please follow and like us: