IMG_1789

UPSI, Proton City, 21 Mac 2016 –Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI berkenan merasmikan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Projek yang siap sepenuhnya pada 28 Februari 2013 ini ialah projek yang diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10, Projek Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM 7 juta. Ia dibina bagi menyokong dasar-dasar pelaksanaan di bawah program PERMATA Negara.

Prasarana di NCDRC melibatkan blok pentadbiran, blok penyelidikan, taska, tadika, toy library, kids kitchen, bilik snoezelen, edible garden, wading pool, sandpit, sensory intergraded gym, dewan serba guna dan dewan makan.

HAS_5879 HAS_5835

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, NCDRC bertanggungjawab mewujudkan pangkalan data kanak-kanak Malaysia dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung dengan mengetengahkan isu penjagaan kesihatan, kebajikan, pemakanan, perundangan, keselamatan, pendidikan dan asuhan kanak-kanak berumur 0-4 tahun,”.

“Selain menjadi pusat rujukan pada peringkat kebangsaan, pihak NCDRC juga menerima lawatan dari luar negara, seperti Korea, Jepun, USA, United Kingdom, Iran, Australia, Singapura dan Indonesia. Pelawat yang datang amat tertarik dan memuji prasarana serta pengalaman pembelejaran kanak-kanak di Taska Permata UPSI dan Tabika Bitara UPSI,” katanya.

Hadir sama isteri YAB Menteri Besar Perak, Datin Seri DiRaja Sharifah Zulkifli, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’  Sri Rohani Abdul Karim,Pro Canselor, Tan Sri Dato; Seri Dr. Haji Yahaya Ibrahim, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor.

Artikel ini diterbitkan pada 21 Mac 2016.

Please follow and like us: