Taklimat Dasar Pemisah Jawab Persoalan Penjawat Awam

HAS_6707

UPSI,24 Mac 2016–Dasar Pemisah mula diperkenalkan pada tahun 2015 untuk mengukuhkan institusi perkhidmatan awam dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan kerajaan. Namun ramai penjawat awam yang ragu-ragu dan kurang arif bagaimana dasar ini dilaksanakan.

Justeru itu, satu Taklimat Dasar Pemisah (Exit Policy) Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam “Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Yang memperoleh Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Di Bawah 60% Tahun 2015” diadakan di Auditorium Utama bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada semua warga UPSI, tentang mekanisme dan pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada pegawai berprestasi rendah.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Puan Hasmarulaini Omar, Dasar Pemisah ialah dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam iaitu nilaian prestasi tahunan kurang daripada 60% / KPI di bawah sasaran (below target).

HAS_6669 HAS_6696

Tambah beliau, falsafah disebalik dasar ini bukan bertujuan untuk menamatkan perkhidmatan tetapi sebaliknya kerajaan ingin melahirkan pegawai yang berintegriti sekaligus dapat mengekalkan pegawai-pegawai yang komited, berprestasi tinggi, berdaya saing dan dapat menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.

“Dari segi kriteria pegawai yang terlibat ialah pegawai lantikan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan (markah LNPT kurang daripada 60%, KPI di bawah sasaran, lain-lain instrument penilaian kurang daripada 60%) dan pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan (jika prestasi rendah boleh ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh percubaan mengikut peraturan 50, P.U (A) 1/ 2012,” katanya.

“Statistik pada tahun 2015 terdapat 2946 orang pegawai yang prestasinya masih kurang memuaskan dan kita tak mahu perkara ini berterusan.  Dengan adanya dasar ini tahap kesedaran penjawat awam akan semakin mengingkat,” ujar beliau.

Antara isu lain yang dibentangkan ialah Tapisan Bagi Kumpulan Pelaksana & P&P, Tapisan Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ Akademik dan Pasca Perkhidmatan (pencen).

Terdahulu, sebelum majlis anjuran Kesatuan Pegawai Am, UPSI dengan kerjasama Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan IPTA Malaysia (GAKUM) ini berlangsung, satu Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam (GAKUM) Bil 1/2016 turut diadakan pada 23 Mac 2016 bertempat di Dewan Konvensyen E-Learning.

Artikel ini diterbitkan pada 28 Mac 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...