futsal3

UPSI, Proton City, 17 Mac 2016 – Menyedari kepentingan bersukan dalam usaha untuk mengekalkan gaya hidup sihat, UPSI dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan Persatuan Bolasepak Malaysia menganjurkan Liga Futsal IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi 2016 (LFIPT) yang disertai hampir 1000 atlit melibatkan 11 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita dari IPT seluruh Malaysia.

Dalam liga ini terdapat empat pusingan yang perlu dilalui oleh setiap pasukan iaitu Pusingan Kelayakan LFIPT yang kini berlangsung di UPSI hingga 21 Mac 2016, Pusingan 1 LFIPT yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 19 hingga 23 Mei 2016 dan Pusingan 2 LFIPT yang akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1 hingga 5 September 2016. UIAM turut terpilih sebagai lokasi untuk Pusingan Akhir LFIPT yang akan berlangsung dari 29 September hingga 2 Oktober 2016.

Sejurus acara perasmian yang disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Sukan di Kementerian Pendidikan Tinggi, En. Hazally Jali di Arena, Kompleks Sukan, UPSI berlangsung, pertandingan dimulakan dengan pasukan UPSI menentang pasukan dari International Islamic College Pasukan-pasukan yang terpilih untuk mara ke Pusingan 1 LFIPT akan diumumkan pada 21 Mac 2016.

Turut hadir  Dr. Ruhaibah Yazani  Tengah, Pengarah Pusat Sukan UPSI, En. Roestam Effendi Sijar, Ketua Pusat Sukan dan Pembangunan UIAM, dan En. Sharel Rizel Dzahari, Pegawai Sukan Kanan UIAM yang juga merupakan Pengarah LFIPT.

Oleh : Muhammad Hafizi Husaini

Artikel ini diterbitkan pada 17 Mac 2016.

Please follow and like us: