DSC_0778

UPSI, 2 APRIL 2016 – Mengambil pendekatan masyarakat merupakan mata dan telinga Polis Diraja Malaysia, UPSI dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK) telah mengadakan Program Jalinan Mesra JPJKK dan UPSI bersama komuniti sekitar Tanjong Malim.

Hampir 400 peserta menyertai kayuhan basikal yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah dan Tim. Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar. Pelepasan peserta dilakukan oleh Pendaftar, UPSI, Mohd Faizi Othman. Menurut Pengarah Program, Mohd Yusri Ishak, para peserta akan mengedarkan brosur berkaitan pencegahan jenayah kepada penduduk setempat di Proton City, Kota Malim Prima, Arena Square dan Taman Bahtera.

DSC_0701

“Setiap tempat yang dikunjungi mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk setempat,” tambahnya lagi. Sementara itu, Polis Diraja Malaysia juga membuat pameran di Arena Square, Tanjong Malim. Dalam ucapan penutup, Pengarah JPJKK, CP Dato’ Acryl Sani berkata, “ dalam melaksanakan agenda pendidikan negara, UPSI sebagai salah satu institusi pendidikan awam juga berperanan dalam mengadakan perhubungan yang baik dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan masyarakat setempat terutamanya dalam usaha meningkatkan pencegahan jenayah dan kesedaran terhadap kesan negatif jenayah”.

Menurutnya lagi, sebagai agensi penguatkuasa utama di negara ini, PDRM akan terus menyokong dan sentiasa memberikan bantuan kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan keselamatan dan mengekalkan keharmonian negara kerana pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti bukan sahaja terletak di bahu pihak polis semata-mata dengan tema Hari Polis ke-209, 2016 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

DSC_0847

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan anugerah kepada sepuluh orang anak angota polis yang cemerlang di UPSI. Majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti. Turut hadir ke majlis tersebut, DCP Dato’ Hasnan Hassan, Tim Ketua Polis Negeri Perak, Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman, SKC Dato’ Mazlan Kesah, dan Ketua Polis Daerah Muallim, Supt. Ahmad Mat Isa.

Artikel ini diterbitkan pada 03 April 2016.

Please follow and like us: