FBK Anjur Wacana Akademik Khas

SAM_8462

UPSI, 23 Mac 2016  – Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) menganjurkan Program Wacana Akademik Khas,  “The First Italian-Malay Dictionary and it’s Author” bertempat di Auditorium Utama.

Terdahulu program yang dimoderator oleh Prof. Madya Dr. Siti Saniah Abu Bakar dari FBK memperkenalkan penceramah, Mr.  Holger Warnk, Pustakawan dari Department  of Southeast Asian Studies, Goethe University Frankfurt  Jerman yang juga graduan dari Goethe University Frankfurt dalam bidang Pengajian Antropologi Sosial, Pengajian Asia Tenggara dan Prasejarah.

Dalam Wacana tersebut, Mr Holger berkongsi ilmu dan input yang sangat berguna dan bermanfaat kepada pensyarah-pensyarah dan pelajar berkenaan dengan edisi pertama kamus  Itali-Melayu.

Sementara itu, menurut Prof. Madya Dr. Siti Saniah, kamus yang diterbitkan pada tahun 1884 itu bukan sahaja merekodkan perkataan bahasa Melayu tetapi juga perbualan seharian yang digunakan di alam Melayu juga dicatatkan dalam kamus tersebut.

“Hal ini kerana mereka perlu berkomunikasi dalam bahasa Melayu jadi perlu ada satu kamus Italy –Melayu supaya mereka dapat berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain ejaan dalam tulisan rumi,  ejaan tulisan jawi turut dimasukkan dalam kamus,” katanya.

Artikel ini diterbitkan pada 24 Mac 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...