IMG_0031

UPSI, 30 Mac 2016 – Majlis Dialog Bersama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Profesor Dr. Asma Ismail diadakan di Dewan Konvensyen, E-Learning bagi memberikan gambaran dan perkongsian ilmu khususnya mengenai hala tuju dan perancangan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) Pendidikan Tinggi kepada warga UPSI.

Dalam ucapan bertajuk ‘Moving Forward Higher Education In 2016’ beliau membentangkan tentang Lanskap Pendidikan Tinggi, Cabaran Pendidikan Abad-21, Pengaruh Globalisasi dan Ekonomi Global, Senario Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia, dan langkah-langkah yang perlu dilakukan pada tahun 2016 berpandukan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi.

IMG_0009

Sementara itu, menurut Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, sesi perkongsian maklumat daripada pihak Kementerian itu, amat penting kepada warga UPSI, kerana pihak universiti juga telah membangunkan Pelan Strategik Universiti Pendidikan Sultan Idris (PSUPSI) 2015-2020, bagi memastikan UPSI sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan di peringkat Pendidikan Tinggi. “Justeru, dikesempatan ini, saya mengajak semua warga UPSI yang hadir agar dapat memanfaatkan ruang yang ada ini untuk mengambil seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang boleh daripada perbentangan”.

Semoga ia akan menjadi pencetus semangat, motivasi serta panduan kepada kita untuk terus menggerakkan pelan strategik dan hala tuju universiti sebagaimana yang dicita-citakan,” ucap beliau. Pengarah, Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Profesor Dr. Raha Abdul Rahim juga menyampaikan ceramah ringkas berkisar tentang geran penyelidikan.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Haji Ahmad Haji Burak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr Mohd. Sahandri Gani Hamzah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dato’ Dr Junaidi Abu Bakar dan Pendaftar, En. Mohd Faizi Othman.

Artikel ini diterbitkan pada 31 Mac 2016.

Please follow and like us: