Briged Wartawan BKK Sertai Bengkel Wartawan Kadet

IMG-20160326-WA0031

IPOH, 26 Mac 2016 – Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) membentuk pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai Briged BKK untuk membantu dalam pelbagai aktiviti. Salah satunya Briged Wartawan. Bagi memastikan Briged Wartawan mendapat latihan, seramai sembilan orang pelajar termasuk tiga orang kakitangan BKK telah menyertai Bengkel Wartawan kadet anjuran Utusan Malaysia. Bengkel yang diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng adakah anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Utusan Malaysia, sempena Karnival Pendidikan MARA 2016.

Bengkel Wartawan Kadet yang dibuat khas untuk melatih dan memberi pendedahan awal serta tips-tips berguna kepada mereka yang berminat menceburi bidang kewartawanan. Bengkel dikendalikan oleh Penolong Pengarang Utusan Malaysia, En. Zulkifli Hamzah. Beliau berkongsi tip menjadi wartawan berjaya. Bengkel yang berlangsung selama satu jam itu berakhir dengan sesi cabutan bertuah.

Artikel ini diterbitkan pada 28 Mac 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...