Sumbangan Zakat Bantu Ringankan Beban

HAS_2374

UPSI, 4 Mac 2016 – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang diwakili oleh Ketua, Hubungan Strategik dan Pengurusan Produk, Dato’ Wan Ismail Wan Jusoh, telah menyerahkan zakat berjumlah RM 80 000.00.

Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, berkata  sumbangan zakat yang diterima daripada agensi luar diuruskan melalui Tabung Amanah Zakat. UPSI menggunakan sistem pengurusan zakat secara dalam talian untuk memudahkan para pemohon memohon bantuan wang zakat. Selain pelajar, sumbangan zakat juga turut diberikan kepada kakitangan UPSI yang layak.

Sementara itu, Dato’ Wan Ismail Wan Jusoh, berkata pada tahun ini pihak BIMB telah menambah jumlah sumbangan zakat kepada RM 80 000.00 berbanding tahun 2015. Dalam pada itu beliau turut berkongsi beberapa cara pelaburan yang boleh digunakan oleh UPSI untuk meningkatkan pendapatan.

Artikel diterbitkan pada 08 Mac 2016

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...