FSKIK Perkenal RF01

HAS_1882

UPSI, 3 Mac 2016–Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) buat pertama kalinya memperkenalkan maskot terbaharunya pada majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Naib Canselor Edisi Mac 2016 yang dianjurkan fakulti itu pada 2 Mac 2016 bertempat di Dewan SITC.

Maskot yang diinspirasikan daripada alatan studio Motion Capture UPSI itu dikenali sebagai RF01 hasil reka cipta Dr. Ahmad Nizam Othman dari Jabatan Multimedia Kreatif.

Sementara itu, Dekan, Dr. Maizatul Hayati Mohamad berkata, dalam usaha merancakkan 4P, usaha sama antara pensyarah dan pelajar dipergiatkan.

“Antaranya aktiviti percambahan ilmu yang bakal diadakan pada tahun 2016 adalah International Conference on ICT in Education (icict@edu2016), Symposium Multimedia (MACCS2016) dengan kerjasama ITB, National Robotic Challenge (NURC2016), projek berkala Kolaborasi Seni Antarabangsa Malaysia-Thailand (antara UPSI dan Thaksin University) dan menjadi rakan strategik bagi The 3rd International Innovation, Design & Articulation 2016 anjuran UiTM Arau pada bulan April nanti.”

HAS_1712  HAS_1918

“FSKIK juga akan mempergiatkan program-program yang bersifat service learning yang menggalakkan pelajar meneroka keperluan masyarakat serta membantu dalam meringankan masalah yang dihadapi oleh komuniti. Beberapa cadangan telah dimajukan menerusi program community engagement bagi mendapatkan peruntukan.”

“Usaha pembentukan keupayaan pelajar turut diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran, Penekanan akan diberikan  kepada  penerapan STEAM (science, technology, engineering, art and mathematics) merentas kurikulum bagi meningkatkan minat serta keupayaan pelajar untuk menjadi usahawan setelah bergraduat,” katanya

Turut diadakan Pameran Representasi yang mempamerkan semula karya yang pernah dipamerkan di Southern thai Art Centre, Koh Yor Island, Songkhla dan lakaran potret Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa oleh Sazri Rusalan Zulkenan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Semester 6 yang sedang mencipta nama dalam bidang seni.

Artikel diterbitkan pada 08 Mac 201.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...