Menu

Delegasi Universiti Nagoya Teruja Lawat UPSI

HAS_1596

UPSI, 2 Mac 2016 – Universiti Pendidikan Sultan Idris menerima kunjungan rasmi delegasi dari Nagoya Universiti, Jepun. Kunjungan selama tiga hari bermula pada 29 Februari hingga 3 Mac 2016 yang diketuai oleh Prof. Nsihino Setsuo itu merupakan salah satu langkah untuk mempromosikan UPSI di Jepun selain bertujuan menjalin peluang kerjasama. Delegasi yang disertai oleh, Prof. Nattori Mina, Andy Bangkit, Xiao Lan, Mori Junko dan tenaga pengajar dari Department of Bio Agricultue disambut oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Intan Safinas binti Mohd Ariff Albakri.

Setelah tamat perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Perpustakaan Tuanku Bainun pada 1 Mac 2016, delegasi di bawa melawat sekitar kampus utama dan kampus baharu UPSI, Edible Farm dan Agriculture Farm milik Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dan Bengkel Pemprosesan Makanan (Pau UPSI).

HAS_1568

Seterusnya, delegasi akan dibawa untuk melawat ke beberapa tempat di Cameron Highland seperti Hospital Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ringlet, Sekolah Kebangsaan Menson, Ladang Teh dan Ladang Sayur.

Hadir sama, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Dr. Ramlee Mustapha, Timbalan Dekan (Penyelidikan (Penyelidikan dan Siswazah), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Dr. Clare Chan Suet Ching, Dr. Norwaliza Abdul Wahab (pensyarah) dan Penolong Pendaftar Institut Pengajian siswazah, En. Mohd Fadli Sulaiman.

Please follow and like us:

Categories:   Lain-Lain

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)