Menu

UPSI Tandatangan Kontrak Tiga Tahun Dengan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd

IMG_0076

UPSI, 17 Feb – Universiti Pendidikan Sultan Idris menandatangani kontrak tiga tahun bernilai RM8,363,400.00 dengan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd bagi menaik taraf infrastruktur ICT universiti ini pada 17 Februari 2016 bertempat di Hotel Pullman, Putrajaya.

Menurut Ketua Pegawai Maklumat Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Norazizah Othman, kontrak itu merangkumi Perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi 3 Gigabit per saat (3Gbps), perkhidmatan komunikasi suara berasaskan IP di Kampus Sultan Azlan Shah, sambungan kabel fiber optik antara Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dengan Kampus Sultan Azlan Shah, Peralatan Keselamatan Firewall dan Pengurus Jalur lebar serta Menara Telekomunikasi untuk liputan 3G dan 4G dalam kampus.

Selain daripada kerjasama pintar yang berkonsep menang-menang (win-win situation) kepada kedua-dua pihak yang menjamin pihak industri mendapat manfaat melalui kutipan caj sewaan menara telekomunikasi yang dikenakan kepada syarikat operator telekomunikasi (subscriber) pada kadar tetap setiap bulan itu, pihak UPSI juga akan meneruskan perancangan dan usaha mempertingkatkan kemudahan ICT sedia ada bagi memastikan proses penyampaian perkhidmatan akademik dan pentadbiran UPSI dapat berjalan dengan efisyen dan berterusan.

IMG_0091

Antaranya Perkhidmatan Capaian Wayarles Internet di Kolej-Kolej kediaman UPSI serta Perkhidmatan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery) bagi Pangkalan Data Utama (Oracle) dan Aplikasi-aplikasi Sistem Maklumat Bersepadu (SMBU) untuk UPSI.

Kontrak ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd, Mohd Siril Asror Mahbon dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa

Turut diadakan dua sesi Executive Talk “Transforming The Malaysia Edu-Industrial Perspective” oleh CEO Open Learning, Mr. Adam Brimo dan “Total Solution Edu Industry” oleh Ketua Pegawai Eksekutif Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd, Mohd Siril Asror Mahbon.

Artikel ini diterbitkan pada 17 Februari 2016.

Please follow and like us:

Categories:   Jaringan

Comments

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Enjoy this blog? Please spread the word :)