Tan Sri Johan Jaafar Sedia Kongsi Pengalaman

IMG_0732

UPSI, 15 Feb. 2016 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan perbincangan CEO@Faculty Programme bersama Mantan Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar di Bilik Mesyuarat Naib Canselor jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi 15 Februari 2016.

Perbincangan berkisar tentang sumbangan dan peranan yang dapat dimainkan oleh Tan Sri Johan bagi membantu UPSI memantapkan graduan dalam konteks hubungan dengan industri kreatif, perkongsian ilmu menerusi pengalaman beliau lebih 30 tahun dalam industri berkenaan.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata UPSI memerlukan tokoh yang amat berpengalaman untuk sama-sama membangunkan UPSI dalam beberapa aspek indusktri kreatif termasuk bagi melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.

Hadir sama pada perbincangan berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah; Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon; Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Nor Azmi Mostapha; serta Penyelaras Program Komunikasi, Prof. Dr. Mohammad Zin Nordin serta Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Dr. Mazura@Mastura Muhammad.

Artikel ini diterbitkan pada 16 Februari 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...