Pusat Islam Anjur Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana

IMG_0369

Proton City, 22 Feb. 2016 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk pertama kalinya memulakan kuliah semester dua sesi 2015/2016 dengan mengadakan majlis Bacaan Surah  Yasin dan Solat Hajat Perdana bagi  mendapat keberkatan dalam pelbagai urusan.

Majlis anjuran Pusat Islam itu diadakan di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City sebagai menyambut saranan Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa semasa menyampaikan Amanat Naib Canselor awal tahun ini.

Lebih 300 kakitangan dan pelajar  UPSI hadir membaca surah Yasin seterusnya menunaikan  solat hajat bagi mendapatkan keberkatan dalam pelbagai usaha demi kemajuan universiti dalam pelbagai bidang.

IMG_0405

Majlis turut dihadiri Naib Canselor, Prof. Dato’  Dr Zakaria Kasa itu diadakan majlis tazkirah yang disampaikan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan yang juga Pengerusi Masjid Al-Mursyidin, Dr. Ibrahim Hashim.

Dalam tazkirahnya,  Dr. Ibrahim antara lain menyentuh tentang pentingnya bersyukur kepada Allah  dan terhadap pengorbanan kedua-dua ibu bapa.

“Mahasiswa perlu belajar bersyukur dan  bersyukur   kepada guru dan pensyarah yang memberi ilmu sehingga berjaya dengan cemerlang,” katanya.

Hadir sama Pendaftar UPSI, Mohd Faizi Othman; Pengarah Pusat Islam, Dr. Mohd Abdul  Nasir  Abd Latif serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Mohd Husyaini Hashim.

Bacaan Yasin dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Muhammad Majdan Ismail manakala solat hajat diimami oleh Dr. Ibrahim Hashim.

Sebaik tamat Bahagian Komunikasi Korporat UPSI  menyediakan pulut kuning  bagi meraikan sambutan  ulang tahun ke-59 Prof. Dato’ Zakaria  pada 23 Februari 2016.

Artikel ini diterbitkan pada 24 Februari 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...