IMG_20160217_125846

Tanjong Malim, 17 Feb. 2016 – Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI dengan kerjasama Unit Rehabilitasi Psikologi, Klinik Kesihatan Tanjong Malim, dan Sadrey Nursery & Landscaping  mengadakan Jualan Lelongan Amal Sayur Segar Terus dari Ladang di Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Program merupakan kesinambungan dari pembinaan Taman Edible.

Menurut, Dr. Mohammad Rusdi Mohd Nasir, program ini antara program yang dilaksanakan dalam Knowledge Transfer Programme, di bawah geran Kementerian Pendidikan Tinggi. Program lelongan amal ini bertujuan untuk membantu para pesakit mental berdikari, bergaul dengan masyarakat dan menjana ekonomi.   Hasil jualan amal akan diberikan kepada tabung pesakit, tambahnya lagi.

IMG_20160217_125203 IMG_20160217_110538

Turut diadakan, Bengkel DIY Bonsai yang diberikan oleh Hasbul Sadri dari Sadrey Nursery & Landscaping. Seramai 15 orang peserta menyertai dan turut mendapat sambutan daripada peserta luar.  Rata-rata peserta sangat teruja bila melihat hasil pokok bunga melati yang dibetuk sebagai bonsai.

Sementara itu, Ketua Klinik Kesihatan Tanjong Malim, Dr. Shahnul Kamal Sidek berkata, program seperti ini amat baik dalam membantu pemulihan para pesakit, ujar beliau semasa menutup program pada hari tersebut.

Artikel ini diterbitkan pada 18 Februari 2016.

Please follow and like us: