HAS_8038

TANJONG MALIM, 21 Januari 2016 – Bahagian Komunikasi Korporat melangkah setapak lagi dengan menerbitkan rancangan bual bicara melalui UPSI.tv. Sebelum ini UPSI.tv hanya memfokuskan kepada rakaman acara sahaja.

HAS_8093  HAS_8048

Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa menjadi tetamu sulung program Bual Bitara. Program, ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa dunia pendidikan. Perbincangan kali ini berkisar kepada pembelajaran dan pengajaran secara e-pembelajaran.

Menurut Penerbit Rancangan En. Mohd Shahran Daud pada peringkat awal ini, program dibuat secara rakaman dan akan disiarkan di www.upsi.tv. Tambahnya lagi, pada masa akan datang program akan dibuat secara langsung berdasarkan keperluan universiti.

En. Mohd Nurulakram Abd Sukor bertindak sebagai Penerbit Bual Bitara memaklumkan rakaman sulong ini akan disiarkan pada 2 Februari 2016.

Artikel ini telah diterbitkan pada 27 Januari 2016.

Please follow and like us: