HAS_8668UPSI, 27 Jan. 2016-Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa mensasarkan UPSI akan menjadi salah sebuah universiti pendidikan yang  ternama di Asia menjelang 2020. Beliau berkata demikian  sempena majlis Amanat Naib Canselor 2016 yang diadakan di  Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang bertemakan “Memerkasakan  Transformasi Kebitaraan UPSI” di hadapan lebih 1,000 kakitangan pelbagai jawatan.

Sehubungan itu, UPSI merangka Pelan Strategik UPSI 2015-2020 menerusi tiga fasa iaitu Fasa 1 dengan temanya, Memartabatkan Transformasi Kebitaraaan UPSI (2015-2016); Fasa 2, Melestarikan Kebitaraan UPSI (2017-2018) manakala Fasa 3, dengan tema Kecemerlangan UPSI di Asia (2019-2020). Beliau berpuas hati dengan pencapaian UPSI yang sedang  membangunkan  Model Pendidikan Guru Malaysia, Pusat Data Kanak-Kanak Negara (NCDC) di bawah seliaan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) serta mewujudkan Virtual Campus Learning System (VCLS) melalui kerangka e-Pembelajaran yang membabitkan tiga sistem  iaitu MyGuru, Open4Learn dan MobiLearn.

HAS_8686HAS_8719

Mengulas pencapaian sepanjang 2015, antaranya UPSI  melalui UPSI Holdings berjaya menjual  produk Sistem Kewangan MyFIS kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan nilai jualan RM 1.74 juta, menerima Anugerah Sistem Pengurusan Pembelajaran Terbaik  (Pembangunan Kendiri) sempena Karnival E-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan 2015 (NuCEL2015) serta seorang bekas Pelajar Diploma UPSI, Calvin Woo Yoong menerima Queen’s Young Leaders Award yang terpilih daripada 60 negara Komanwel.

HAS_8754HAS_8753

“Seramai 23% graduan daripada 13,000 graduan mendapat kelas pertama dan tiada graduan mendapat kelas ketiga pada tahun 2015 dan prestasi ini perlu dikekalkan dengan menitikberatkan isu-isu kebajikan pelajar bagi mengelakkan kemerosotan kecemerlangan pelajar,” katanya.

Beliau menyarankan supaya  UPSI Holdings meneroka peluang perniagaan yang lebih luas dan memberi keuntungan tinggi, berskala sederhana dan besar dengan harapan sasaran untuk membawa pendapatan kepada Universiti dengan jumlah RM1 juta dapat dicapai.

“Manakala UPSI Holdings diharap dapat melakukan usaha memerkasakan transformasi  agar mampu berdaya saing, mampu meneroka peluang baharu dan meraih pendapatan yang lebih besar pada tahun 2016,” katanya.

Yang hadir sama Pro-Canselor UPSI, Tan Sri  Dr. Yahaya Ibrahim; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Noor Ismail dan Datuk Ahmad Burak.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan E-Maklum Balas serta UPSI TV yang dibangunkan sendiri oleh kakitangan Bahagian Komunikasi Korporat yang diterajui Pengarahnya, Mohd Husyaini Hashim.

Beliau kemudiannya  menyampaikan sijil  Certified NLP (Neuro Linguistic Programming) Training kepada  kakitangan akademik dan bukan akademik yang  melayakkan mereka menjayakan kursus motivasi berkenaan untuk pelajar dan kakitangan.

Please follow and like us: