UPSI Di Kedudukan Ke-6 Dengan 7 Emas Sukipt 2016

SUKIPT 1 (2)

UTM Skudai, 5 Feb. 2016 – UPSI berjaya mengumpul tujuh pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2016 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 25 Jan. – 5 Feb. 2016.

Empat pingat emas disumbangkan dalam acara judo menerusi kategori 73kg (M) oleh Yousuff Daniel Fauzi Cruz, kategori 90kg (M) oleh Amirul Asraf Ab Razak, kategori 100kg (M) oleh Farish Farhan Badri dan Kata (Nage No Kata). Tiga lagi pingat disumbangkan menerusi acara pencak silat bagi kategori Kelas A (45kg-50kg) (M) oleh Mohamed Fikry Mohamed Noh, Kelas J (90kg-95kg) (M) oleh Mohd Shaheed Mohd Shafiee dan Kelas H (80kg-85kg) (M) oleh Ahmad Badrirullah Rahmat.

Tiga pingat perak masing-masing dimenangi menerusi acara pencak silat Kelas Bebas (75kg-90kg) (W) oleh Nurul Fitri Liana Hassim dan Handball.

SUKIPT 2.jpg   SUKIPT.jpg

Pingat gangsa pula dituai daripada acara pencak silat Kelas C (55kg-60kg) (W) yang disumbang oleh Nur Aini Irwanis Mohd Nawi, Kelas Bebas (95kg-110kg) (M) oleh Muhammad Aliff Luqman Roslee dan Kelas E (65kg-70kg) (M) oleh Muhammad Saiful Syazwan Rahmat. Satu lagi pingat dimenangi oleh Muhammad Iqbal Junaid dalam acara memanah Compound Individu Lelaki. Turut menyumbang pingat dari acara Karate Do oleh Natasha Zaibal Abidin Shah – Individu Kumite 68kg (W) serta Pong Tong Yee dari acara olahraga 10 000m (L).

Pingat keseluruhan ialah 7 emas, 3 perak dan 7 gangsa dan UPSI di kedudukan ke-6 daripada 102 IPT yang bertanding dalam dan luar negara. Tahniah kepada kontinjen UPSI.

 

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...