KONTINJEN UPSI SEDIA GALAS CABARAN DI SUKIPT 2016

sukipt 1

TANJONG MALIM, 20 Januari 2016 – Seramai 152 orang atlit dan pegawai akan mewakili Kontingen UPSI ke Karnival Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016, yang dijadualkan berlangsung dalam 2 fasa bermula pada 25 Januari sehingga 5 Februari 2016 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. 12 sukan yang akan disertai ialah; Pencak Silat, Olahraga, Memanah, Bola Baling (Lelaki & Wanita), Bola Tampar (Lelaki), Hoki (Wanita), Sofbol (Lelaki), Petanque, Taekwando, Karate-Do, Bowling dan Judo.

Majlis penyerahan bendera kepada pengurus-pengurus pasukan telah disempurnakan oleh YDH ACP (K) Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi b. Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (HEPA) merangkap Ketua Kontingen pada 20 Januari 2016 di Dewan Kolej Ungku Omar (KUO). Turut hadir, Prof. Dr. Sahandri Gani Hamzah, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang telah menyerahkan bendera UPSI kepada Ketua Kontingen sebagai tanda membawa cabaran UPSI ke Karnival SUKIPT 2016.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UPSI, Dr. Ruaibah Yaazani Tengah, warga UPSI boleh mengikuti perkembangan terkini  SUKIPT 2016 di FB Pusat Sukan UPSI.

Artikel ini telah diterbitkan pada 27 Januari 2016.

epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

You may also like...